Perak Hari Ini

Inovasi Penting Untuk Pembangunan Negara

IPOH: Pengetahuan dan inovasi yang tinggi adalah eleman penting dalam membantu melonjakkan kemakmuran sesebuah negara ke tahap yang lebih gemilang seperti yang diamalkan negara-negara ekonomi dunia iaitu Jerman, Jepun dan Korea.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup sempena Sambutan Hari Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2015 di Dewan Bandaran, pagi tadi.

Menurut beliau, inovasi amat penting bagi mencapai agenda pembangunan negara dan ianya perlu dijadikan pelonjak utama yang mampu memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

4 (1)

“Banyak kemajuan inovasi dan transformasi yang telah dilaksanakan seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), dan pencapaian perkhidmatan melalui capaian internet MyEG serta Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC).

“Usaha ini telah memberi segala kemudahan dan perkhidmatan asas yang dinamik kepada rakyat walau di mana pun mereka berada,” ujarnya.

Tambahnya, penganjuran Hari Inovasi oleh MBI adalah satu usaha bagi membudayakan inovasi dalam kalangan anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Saya berharap inovasi yang dilakukan mestilah berterusan dan dapat meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan agar lebih cekap dan berkesan,” katanya.

Zamri menyatakan pihak MBI amat mengalu-alukan cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam penyampaian perkhidmatan.

Beliau berharap anggota MBI akan memanfaatkan idea-idea baru melalui pelbagai aktivit dan program termasuklah lawatan-lawatan kerja yang dijalankan baik dalam mahupun luar negara.

“Idea-idea kreatif tidak semestinya datang daripada pihak pengurusan atau mereka yang berjawatan profesional semata-mata.

“Kadangkala ada idea menarik dari anggota bawahan dan idea mereka tidak boleh dipandang sepi kerana mereka mempunyai pengetahuan yang luas tentang pekerjaan mereka secara terperinci,” ujarnya lagi.

2

Tambah beliau, pihak pengurusan MBI akan memastikan kualiti perkhidmatan sistem penyampaian anggotanya berada di tahap yang terbaik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");