Sukan Hari Ini

Blues hampiri pusingan kalah mati

Haifa, Israel: Chelsea menang selesa 4-0 ke atas Maccabi Tel Aviv pada aksi Liga Juara-Juara di Haifa sekali gus semakin hampir untuk ke peringkat kalah mati.

Kemenangan itu yang dibantu kejayaan 2-0 Dynamo Kiev di Porto bermakna Chelsea hanya perlu seri di tempat sendiri ketika bertemu juara Liga Portugal itu untuk mengesahkan tempat ke pusingan kedua.

Gary Cahill memberikan juara Liga Perdana Inggeris itu kelebihan pada babak pertama sebelum bekas pertahanan Blues Tal Ben Haim dilayangkan kad merah sebelum rehat.

Chelsea menggunakan kesempatan itu sepanjang 17 minit terakhir menerusi Willian, Oscar dan Kurt Zouma untuk menghasilkan gol.

“Amat penting terutama selepas melihat apa yang berlaku di Porto. Kami perlu menang perlawanan ini dan kami juga perlu melakar dua kemenangan dalam tempoh beberapa hari ini,” kata pengurus Chelsea Jose Mourinho.

Kelab London itu bergelut sepanjang musim ini tetapi kemenangan yang dicapai awal pagi semalam adalah susulan kejayaan 1-0 ke atas Norwich City pada saingan Liga Perdana hujung minggu lalu dan Mourinho berkata: “Saya harap moral, keyakinan dan ketenangan pemain akan kembali.”

Chelsea turut menewaskan Maccabi 4-0 di Stamford Bridge pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan.

Chelsea mengumpul 10 mata, sama dengan Porto manakala Dynamo Kiev ketinggalan dua mata di belakang. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");