Sukan Hari Ini

Irfan mahu anak buah kekal disiplin tinggi

FELDA United mampu melakukan kejutan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, malam ini.

Keyakinan itu dilontarkan jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim dengan syarat pemain skuad The Fighters mampu mengelak daripada melakukan kesilapan mudah sehingga gawang dibolosi pihak lawan.

Irfan berkata, walaupun JDT dilihat ada kelebihan apabila membawa bekalan satu gol di tempat lawan, namun beliau percaya tiada istilah mustahil dalam bola sepak selagi mereka mempunyai ruang dan peluang.

Pada perlawanan pertama Selasa lalu, Felda terikat seri 1-1 dengan JDT di Stadium Selayang.

Menurut Irfan, beliau menaruh harapan kepada anak buahnya untuk memberikan tentangan yang sengit kepada pihak lawan yang ketika ini merupakan juara Liga Super 2015 dan juara Piala AFC 2015.

Jelasnya, kemenangan mampu dilakar jika setiap pemain Felda mengekalkan disiplin tinggi sepanjang 90 minit perlawanan.

“Saya akui bukan mudah tetapi tiada apa yang mustahil jika kami lakukan dengan keupayaan sebenar.

“Apa yang penting, harus bersabar dan mengelak daripada beraksi dalam tekanan kerana jika tertekan kemungkinan lawan boleh ambil kesempatan untuk menghukum kesilapan kami,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");