Panasnya Hari Ini

Isu YaPEIM: Tempoh 24 Jam Tamat, Apa Tindakan Jamil Khir?

KUALA LUMPUR: Tempoh 24 jam diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir tampil bagi memohon maaf di atas tuduhan fitnah yang dilakukan telah pun tamat.

Justeru itu, seorang blogger politik, parpukari.blogspot.com menerusi blognya mempersoalkan tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh Jamil Khir.

Katanya, Jamil Khir perlu membuat laporan polis terhadap Akmal sebelum mengambil tindakan saman.

“Saman atau tidak, Jamil kena buat laporan polis. Kotakan janji anda, selepas itu saman si kurap dari PKR ini,”tulisnya.

Menurutnya lagi, sekiranya Jamil Khir tidak membuat sebarang tindakan, rakyat akan menanggap bahawa beliau telah menggunakan wang anak yatim untuk berhibur.

“Kalau tidak (saman), kami rakyat Malaysia akan anggap Jamil ke Amerika Syarikat pakai duit anak yatim untuk berfoya-foya.

“Jadi jangan rosakkan nama anda, sila buat laporan polis dan saman kurap dari PKR,”tegasnya.

Terdahulu, Akmal telah mendedahkan bahawa Jamil Khir telah menggunakan wang anak yatim dan miskin untuk ke Amerika Syarikat bersama-sama isterinya dan dibawa melawat ke beberapa kawasan yang tiada kaitan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Jamil didakwa menggunakan wang sebanyak RM410,978 untuk ke luar Negara, bermain golf dan lawatan ke pusat membeli belah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");