Berita Hari Ini

Kaji herba pulih ketagihan

TELUK INTAN – Jabatan Perhutanan Negeri Perak kini bekerjasama dengan sebuah pertubuhan saintis tempatan dalam usaha untuk menyediakan herba yang mampu memulihkan penagih dadah.

Pengarahnya, Datuk Roslan Ariffin berkata, kajian di peringkat awal sedang giat dijalankan ke atas beberapa jenis herba yang terpilih dalam rawatan pemulihan tersebut.

“Saya tidak boleh mengumumkan nama-nama herba tersebut buat masa ini, apa yang boleh saya katakan, setakat ini hampir 15 jenis herba dipilih untuk kajian ini.

“Oleh itu, saya berharap dengan adanya herba yang terpilih untuk merawat masalah ketagihan dadah, ia sekali gus akan menjadikan herba sebagai tanaman komersial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program laman herba di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bahagia , di sini.

Hadir sama, Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dan Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak, Sulaiman Shaharuddinn.

Roslan berkata, kajian itu mengambil tempoh yang agak lama kerana setiap herba dikaji perlu ditentukan kesesuaiannya untuk rawatan pemulihan.

“Tanaman herba di negara ini mempunyai pelbagai khasiat yang mujarab terutamanya dalam perubatan, pemakanan, menambah tenaga dan juga keceriaan mental serta fizikal,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, program laman herba diperkenalkan di sekolah-sekolah di Perak sejak 2012 untuk mewujudkan perasaan cinta dalam diri pelajar dan guru kepada tanaman-tanaman herba.

“Untuk tahun ini sebanyak tiga sekolah rendah terpilih untuk menyertai program laman herba ini iaitu SK Temoh, SK Chikus, Sungai Manik dan SKKampung Bahagia, Teluk Intan.

“Kita telah memperkenalkan tanaman herba seperti tongkat ali, misai kucing, herba derhaka mertua, gajah tarik dan pelbagai lagi kepada sekolah-sekolah terlibat,” katanya.

Roslan berkata, beliau berharap dengan lebih 30 jenis pokok herba di tanam di Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia, ia akan dibiakkan dan diberi kepada penduduk sekitar untuk ditanam.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");