Isu Panas

Kalau dipanggil, saya akan pertahan diri

SHAH ALAM – “Saya pun tidak tahu maklumat itu, di antara tujuh pemimpin Umno yang berdepan kemungkinan digantung daripada parti, jadi bagi saya kalau saya sepertimana yang dimaksudkan saya tiada masalah, kata Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunos?.

Jamal berkata, sekiranya beliau dipanggil parti, beliau akan mempertahankan dirinya kerana merasakan dia berada di pihak yang benar.

“Saya akan diberi peluang dalam Umno, kerana Umno bertunjangkan sistem demokrasi, saya akan beri keterangan.

“?Saya yakin, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai desas desus yang mengaitkan namanya dengan tujuh pemimpin Umno yang kini sedang dipantau oleh partinya itu.

Dalam pada itu, Jamal mendesak agar Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan daripada parti itu, kerana merasakan Muhyiddin sudah tidak sehaluan dengan parti.

“Muhyiddin depan cakap lain, belakang cakap lain, beliau sudah menghuru-harakan parti ini (Umno),” katanya.

Sebelum ini, Jamal didakwa antara salah seorang yang dikaitkan dengan tujuh pemimpin yang sedang dipantau, selain bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad; Muhyiddin;

Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal; bekas menteri, Tan Sri Zainuddin Maidin; bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");