Perak Hari Ini

Tempoh Penutupan Gua Tempurung Dilanjutkan

IPOH: Tempoh penutupan kawasan pelancongan Gua Tempurung yang dijangka tamat pada 1 November yang lalu akan dilanjutkan sehingga 14 November 2015.

Penutupan tersebut yang merangkumi semua aktiviti lawatan atau ekspedisi sama ada laluan kering atau basah bertujuan untuk kerja-kerja penyelenggaraan bagi menaik taraf kawasan pelancongan itu.

Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, Khairul Amir Mohamad Zubir, justifikasi penutupan ini adalah bagi memastikan aspek-aspek keselamatan penyelenggara dan pengunjung terjamin.

“Penutupan ini adalah rentetan daripada laporan audit dan pemeriksaan keselamatan yang telah dilaksanakan di laluan platform dan tangga.

“Selain itu, ia juga merangkumi pemeriksaan struktur gua,” ujar beliau dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Khairul berkata, Kerajaan Negeri akan memaklumkan tentang perkembangan selanjutnya mengenai status gua berkenaan dan waktu ianya telah bersedia untuk dibuka semula.

“Usaha keras sedang dilaksanakan dengan segera namun kerja-kerja perlu dilakukan dengan cermat dan teliti berdasarkan persekitaran gua yang sentitif”, ujar beliau lagi.

Beliau juga berharap agar orang ramai dapat memahami keperluan penutupan gua tersebut dan kepentingannya kepada semua pihak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");