Panasnya Hari Ini

Kejayaan JDT Pamer Wawasan TMJ

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015 semalam merupakan satu perancangan baik dan berwawasan yang ditunjukkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) selaku penaung pasukan tersebut.

Ujarnya, kejayaan itu yang cukup membanggakan dan membawa semangat Malaysia pada peringkat lebih tinggi.

“Ini menunjukkan jika kita ada perancangan baik dan wawasan , kita mampu menang di peringkat yang tertinggi di benua Asia,” katanya sempena Majlis Perasmian Kejohanan Futsal Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan 2015, di Stadium Mini Tampin, memetik laporan Sinar hari ini.

Jelasnya lagi, semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh pasukan JDT dalam membawa mengharumkan nama Malaysia perlu dibanggakan malah JDT juga merupakan pasukan pertama dari negara ini yang memenangi Piala AFC.

Pada kejohanan itu juga, seramai 96 pasukan berentap bagi merebut kejuaran yang menawarkan piala serta wang tunai sebanyak RM3,000 bagi tempat pertama.

Berhubung pemberian sebarang ganjaran kepada pasukan JDT selaku pasukan Malaysia pertama menjuarai Piala AFC ujarnya ia masih belum dipastikan lagi.

JDT semalam berjaya mencipta sejarah baharu bola sepak tanah air apabila skuad bola sepak itu muncul pasukan Malaysia pertama menjuarai Piala AFC, yang mula diperkenalkan pada 2004.

JDT menewaskan kelab Tajikistan, Istiklol FC 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");