Panasnya Hari Ini

Debat 1MDB Tidak Akan Selesaikan Masalah

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Isu perdebatan bagi membincangkan tentang isu melibatkan syarikat pelaburan milik Negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di antara Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tidak akan memberikan sebarang manfaat dan tidak akan menyelesaikan masalah yang timbul.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, disebabkan itu, perdebatan antara kedua-dua individu terbabit tidak wajar dilakukan.

Mengulas lanjut, sekiranya perdebatan itu tetap akan diadakan, yang perlu dititikberatkan ialah pengisian debat seharusnya memberi gambaran yang jelas kepada rakyat yang semakin menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Tetapi kalau menjurus kemusnahan tidak ada perkara yang membina, dan tidak ada perkara baru untuk orang ramai tahu, saya bimbang tidak ada manfaat,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Tambah Menteri Pertahanan itu lagi, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya debat itu diteruskan .

Ujarnya, beliau tidak akan menghalang debat tersebut kerana kedua-dua pihak telahpun bersetuju untuk berdebat.

“Kalau kedua-dua pihak sudah bersetuju, baguslah. Apa pun akhirnya biar rakyat yang tentukan dan buat penilaian,”katanya.

Hishammuddin turut menyeru agar perpaduan di antara rakyat perlu diutamakan walau apa pun yang berlaku.

“Namun, saya gesa apa juga yang berlaku, perpaduan di antara rakyat haruslah diutamakan,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");