Panasnya Hari Ini

Kerajaan Negeri Kedah Gagal Selesaikan Beberapa Isu Utama

KUALA LUMPUR: Terdapat pihak yang telah mengecam kerajaan negeri Kedah yang dipimpin oleh Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir atas kegagalan menangani beberapa masalah di negeri itu.

Menurut sumber yang tidak ingin dikenali, antara isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan banjir dan pembalakan yang tidak terkawal.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya atas kegagalan kerajaan negeri Kedah untuk menangani masalah banjir di kawasan bandar yang telah menyebabkan kesulitan dan kerugian yang amat besar kepada rakyat.

“Kami juga mengutuk sekeras-kerasnya atas kegagalan kerajaan negeri Kedah untuk mengawal aktiviti pembalakan yang berleluasa di negeri ini,” tegasnya.

Kata sumber lagi, tindakan Kerajaan Pusat yang tidak dapat menangani dan menjalankan pendakwaan terhadap isu penyalahgunaan dana awam juga perlu dikutuk.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya terhadap kerajaan pusat yang tidak menangani atau tidak menjalankan pendakwaan atas isu-isu penyelewengan dan salahguna dana awam oleh jabatan-jabatan kerajaan walaupun laporan Audit Negara telah mengenalpasti tentang perkara-perkara tersebut secara beberapa tahun berturut-turut,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");