Panasnya Hari Ini

Kerjasama PKR – PAS Diteruskan, PAN Diiktiraf Dalam Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR: Bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PKR akan terus menjalinkan kerjasama dengan PAS untuk menewaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan itu dibuat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dalam Kongres Nasional Pemuda PKR Tahunan ke-11.

Menurut laporan The Malaysian Insider, kehadiran beliau turut disertai pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

“PKR menyambut kelahiran PAN dan menerimanya dalam keluarga besar kita.

“PKR akan meneruskan tahaluf siyasi dengan PAS dan kerjasama Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta parti-parti politk di Sabah dan Sarawak dan NGO yang menjuarai hak serta agenda rakyat,” ujarnya dalam ucapan perasmian timbalan presiden.

Beliau juga yakin walaupun PKR tidak mempunyai kerjasama secara rasmi dengan PAS, ianya tetap akan berjaya.

“Saya optimis dengan Pakatan Harapan bersama PKR, DAP, PAN dan kita akan teruskan tahaluf siyasi dengan PAS.

“Yang penting kita mahu mnejamin satu dalam satu (dalam pilihan raya. Jadi perkara ini kita boleh bincangkan secara bersama walaupun dalam dua platform berbeza.

Azmin menyatakan perkara seperti ini ada berlaku dalam negara maju dan menegaskan bahawa usaha menjatuhkan UMNO dan BN adalah matlatamat utama pihak pembangkang.

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Wong dan Ketua Pemuda PAN, Sany Hamzah turut hadir pada kongres itu.

– The Malasyian Insider

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");