Sukan Hari Ini

Ronaldinho taruhan PKNS FC

Kuala Lumpur: Pengendali PKNS FC E Elavarasan akan mempertaruhkan ayam tambatan dari Liberia Patrick Ronaldinho Wleh untuk merobek gawang Kedah pada aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok.

Elavarasan percaya penyerang tinggi lampai itu sudah bersedia sepenuhnya untuk memikul tugas berat itu selepas beraksi agak longlai Selasa lalu.

“Kami mempunyai pemain seperti Ronaldinho yang saya yakin boleh menyumbang sesuatu pada perlawanan itu.

“Memang benar ketika aksi di Alor Setar dia agak perlahan kerana baru saja pulang mewakili negaranya pada pusingan kelayakan Piala Dunia, ditambah pula perjalanan yang cukup memenatkan.

“Dia pasti akan diturunkan pada perlawanan Sabtu ini dalam misi kami memburu gol sekali gus memenangi pertemuan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambahnya, bekalan jaringan di tempat lawan bukan jaminan penuh buat anak buahnya meraih tiket ke separuh akhir, sebaliknya beliau mahu pemainnya kekal fokus dengan tidak membenarkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe membolosi gawang.

“Pemain mesti sedar ini peringkat kalah mati dan gol di tempat lawan akan memberi banyak kelebihan sekiranya keputusan berakhir seri.

“Kami mungkin bertahan sambil mengharapkan serangan pantas. Untuk itu, saya mengingatkan pemain agar menjaga sebaik-baiknya kubu daripada dibolosi,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");