Sukan Hari Ini

Kuasa hanya milik Klopp

London: Ketua eksekutif Liverpool Ian Ayre menegaskan kelab itu tidak mempunyai jawatankuasa perpindahan dan pembelian pemain sebaliknya semua urusan akan diputuskan Juergen Klopp.

Liverpool menghabiskan hampir £300 juta (RM1.97 bilion) ketika era Brendan Rodgers tetapi jumlah besar itu menimbulkan persoalan sama ada pengendali Ireland Utara itu berkuasa sepenuhnya untuk menentukan pemain yang dibeli.

Ayre menafikan cakap-cakap mengenai ada pemimpin tertinggi kelab yang campur tangan dalam soal pembelian pemain dalam satu seminar Web Summit di Dublin dan beliau mendakwa proses pemilihan dan pembelian pemain tidak pernah berubah sejak sedekad lalu.

“Brendan mempunyai kata putus ke atas semua pemain yang kami beli,” kata Ayre.

“Hanya ada seorang individu yang boleh membuat kata putus mengenai pemain mana yang layak bermain di Liverpool FC dan individu itu ialah Juergen Klopp (gambar). Itulah yang kami amalkan sejak dulu lagi.

“Perkataan ‘jawatankuasa perpindahan dan pembelian pemain’ pernah digunakan sekali dan ketika itu kami duduk berbincang dan membuat undian mengenai pemain yang akan dibeli. Apa yang diceritakan oleh orang ramai ketika ini adalah tidak benar.

“Pengurus akan menyatakan hasrat untuk mendapatkan pemain baru dan sekumpulan individu – gabungan skuad pencari bakat serta maklumat berdasarkan data digital semuanya akan diambil kira sebelum membuat keputusan.

“Kemudian kami akan melihat dua, tiga, empat pemain – yang terbaik untuk posisi itu – tunjukkan kepada jurulatih dan beliau boleh memilih untuk melihat sendiri atau menghantar wakil bagi memantau pemain yang dimaksudkan.

“Bermula dari situ, saya akan mula membabitkan diri dengan berbincang bersama kelab, ejen, pemain untuk mencari maklumat. Selepas itu, terpulang kepada jurulatih untuk memilih.

“Kaedah itu tidak pernah berubah. Saya sudah berada di kelab ini sejak lapan tahun lalu. Jawatankuasa itu tidak wujud dan nama itu hanya diberikan media. Saya rasa kaedah itu sesuatu yang bijak.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");