Panasnya Hari Ini

Presiden 1MDB Tegas 6 Perkara

KUALA LUMPUR: Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda menerusi kenyataan akhbarnya hari menegaskan beberapa perkara penting.

Berikut merupakan ringkaskan kenyataan tersebut:

1) Arul mengelarkan Tony Pua sebagai pengecut dan pembohong  apabila beliau bertindak mencabar sedangkan beliau mengetahui sebgai ahli PAC, beliau tidak dapat memenuhi dan bersembunyi di sebalik jawatan tersebut.

2) Arul juga mengesahkan bahawa beliau mahu berdebat dengan Tony Pua dan bukannya ada orang lain – kerana beliau yang bertindak mengeluarkan cabaran dan menghina Arul dengan pelbagai nama.

3) Arul turut mencadangkan supaya Rafizi menggantikan Tony Pua dalam PAC supaya Tony kemudian bebas untuk berdebat.

(Adakah Rafizi akan melakukannya? Dan adakah Pakatan berfikir bahawa Rafizi cukup bijak untuk menggantikan Tony?)

4) Arul juga menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak takut terhadap Rafizi kerana beliau telah berhadapan dengan Rafizi sebelum ini.

5) Arul juga mengatakan speaker mesti membenarkan beliau untuk berdebat tanpa menyikirkan kelayakan beliau sebagai saksi dalam siasatan itu pada masa hadapan.

Begitu juga seperti mana yang ditegaskan oleh Tony Pua iaitu beliau mempunyai hak untuk mempersoalkan 1MDB dalam PAC, Arul turut percaya beliau juga mempunyai hak untuk mempertahankan 1MDB.

(Jika Arul dikatakan pengecut, beliau hanya akan pergi dan berbahas serta tidak lagi perlu menghadiri siasatan PAC. Selain daripada ini, tidak ada sebarang tindakan yang boleh diambil oleh Speaker terhadap Arul kerana beliau bukannya seorang ahli Parlimen.)

6) Arul juga mengesahkan bahawa beliau akan menjawab kesemua 10 soalan yang diajukan oleh Tony Pua – sama ada dalam perdebatan itu, jika dibenarkan oleh Speaker atau dalam PAC sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");