Perak Hari Ini

Landskap Tropika Jadi Ilham Hias Laman Rumah

KERIAN: Seorang guru yang begitu meminati alam semula jadi ataupun tropika ternyata membuktikan minatnya itu menerusi reka hias laman landskap di kawasan sekitar rumahnya.

Yusdi Md Yusof,42 tahun menyatakan mula meminati penjagaan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan semasa belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2000.

PERAK TODAY 1
Yusdi Md Yusof

“Sebagai pelajar major ‘Fine Art’, tumbuh-tumbuhan ini menjadi ilham kepada saya apabila ingin menyiapkan final project, dan semasa saya tinggal di rumah sewa pun saya menanam pokok.

“Pada tahun 2007, saya dapat lot banglo di sini, jadi ianya satu peluang buat saya untuk berkarya,” ujarnya ketika ditemu media pada petang tadi.

Beliau menjelaskan laman landskap hasil titik peluhnya itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan turut melibatkan kos yang tinggi.

“Sejak lapan tahun saya menghias laman landskap ini, secara kasarnya hampir RM70, 000 telah saya belanjakan tetapi ianya dilakukan secara berperingkat, bukan sekaligus.

“Selalunya saya akan mencari idea untuk mengubah landskap dalam media seperti majalah, rancangan televisyen dan laman Facebook,” ujarnya.

PERAK TODAY 9

 

PERAK TODAY 13Yusdi juga menyatakan keluarganya lebih suka untuk menginap di resort kerana ingin mencari idea untuk menghias halaman landskap mereka.

“Semasa saya pergi ke sebuah resort di Melaka, saya mendapat ilham untuk membina pagar rumah berasaskan kayu terpakai iaitu kayu daripada gerabak kereta api dan ianya berjaya direalisasikan,” katanya.

Bertemakan tropika dan kedesaan, Yusdi sentiasa komited untuk menjaga pokok-pokok yang ditanamnya dan tidak lokek berkongsi tips penjagaan dengan pengunjung yang datang ke rumahnya.

Beliau juga turut berjaya memperolehi johan dalam pertandingan lanskap anjuran Majlis Daerah Kerian (MDK) dan menerima hadiah berupa wang tunai serta sijil dalam Program Gotong Royong Perdana 2015.PERAK TODAY 6

“Saya tidak pernah menyangka untuk memenangi pertandingan sebegini kerana apa yang saya lakukan bukan kerana untuk bertanding, tetapi kerana minat yang mendalam semata-mata.

“Saya berasa terharu apabila diberitahu menjadi johan dalam pertandingan ini dan ianya sebagai motivasi buat diri saya untuk terus komited dalam menjaga lanskap ini,” ujarnya.

Jelas Yusdi lagi, terdapat juga pasangan pengantin yang datang ke rumanhnya untuk mengadakan sesi fotografi perkahwinan.PERAK TODAY 7

“Selepas ini mungkin saya akan mengenakan sedikit cas, bukan demi keuntungan tetapi cas itu untuk selenggaraan lanskap dan layanan terhadap mereka,” katanya.PERAK TODAY 3

Beliau menambah, barang-barang terpakai turut digunakan untuk menghias laman lanskapnya itu.

“Antara barang terpakai yang digunakan adalah singki air buatan British yang sudah berusia lebih 50 tahun, periuk tembaga lama, lesung padi terpakai dan kayu-kayu buruk.

“Barang-barang ini mempunyai nilai seninya yang tersendiri dan ianya satu kepuasan bagi diri saya yang mencintai seni,” katanya lagi.

PERAK TODAY 6Beliau yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak menasihatkan orang ramai yang meminati bidang lanskap supaya tidak mudah berputus asa dan berhenti separuh jalan kerana penjagaan lanskap sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi.

“Setiap hari saya akan menyelenggara lanskap di rumah saya, dan paling kurang dua jam iaitu selepas Asar sehingga hampir waktu Maghrib.

“Kebanyakan orang minat dengan lanskap tetapi tidak mempunyai kesungguhan dalam bidang ini, jadi mereka banyak terhenti separuh jalan,” katanya.PERAK TODAY 5

Bapa kepada dua orang anak ini juga merancang untuk melabelkan setiap pokok-pokok yang terdapat di halaman rumahya itu kelak.

“Terdapat pelbagai jenis pokok-pokok di sini yang mempunyai nama tempatan yang berbeza-beza, jadi saya mahu melabelkan setiap pokok dengan nama saintifik supaya pengunjung yang datang akan mengenali nama sebenar pokok-pokok ini,” tambahnya lagi.

PERAK TODAY 4

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");