Panasnya Hari Ini

Hee Loy Sian Tarik Balik Usul Undi Tidak Percaya PM

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said hari ini mengesahkan bahawa Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibawa oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian telah ditarik semula pada awal pagi ini.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, usul tersebut yang berada di kertas aturan urusan mesyuarat susunan ke-27 telah ditarik balik oleh ahli Parlimen PKR Petaling Jaya itu.

“Diumumkan bahawa usul yang dikemukakan oleh PJ Selatan telah ditarik balik melalui notis bertulis yang dikemukakannya kepada pejabat Speaker,” katanya sebelum memulakan persidangan Dewan Rakyat.

Penarikan semula usul tersebut adalah berikutan usul baharu yang dihantar oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 22 Oktober lalu.

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri oleh Loy Sian pada 17 Oktober lalu mendakwa bahawa perdana menteri gagal memberi penjelasan berhubung wang derma bernilai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");