Perak Hari Ini

Lantikan Ketua Kampung Wanita Pertama Di Perak

IPOH: Kerajaan Negeri bakal melantik 829 ketua Kampung yang baharu untuk tempoh dua tahun dengan perlantikan seorang wanita buat pertama kalinya bagi mengalas jawatan tersebut dalam tempoh tersebut.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, seramai 829 ketua kampung bakal dilantik pada Januari tahun hadapan melibatkan perlantikan seorang sekaligus menjadi sejarah buat negeri ini.

Tambahnya lagi, ianya adalah langkah pengupayaan kaum wanita sekiranya mereka mempunyai keupayaan mengendalikan tugas sebagai ketua kampung mereka tidak boleh dihalang atas nama jantina.

Ketua kampung itu adalah Esah Ahmad 55 tahun daripada Ketua kampung Balun, Behrang.

Ujarnya, perlantikannya itu melihat kepada sikapnya yang rajin, bergiat begitu aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan penerimaan penduduk di kawasan tersebut.

Tambah Zambry lagi, perlantikan kali ini juga melibatkan muka baharu dan lantikan ketua kampung yang sedia ada.

“Sebahagiannya yang tidak lagi dilantik semula disebabkan peratus usia, yang melibatkan syarat tidak melebihi daripada 65 tahun dan pastinya ada yang telah mencapai usia tersebut,” katanya.

Ujarnya, berdasarkan peraturan yang ditetapkan kebanyakan ketua kampung sedia ada tidak disambungkan jawatannya.

Kerajaan negeri juga jelasnya, turut bersetuju untuk melantik 7 orang terdiri daripada kaum India di tujuh kawasan baharu yang terpilih setelah mempunyai kepadapatan penduduk yang bersesuaian.

“Kita telah ada ketua kampung, seperti Tok Batin mewakili Orang Asli, ketua kampung bagi Masyarakat Cina di kampung-kampung baru dan kini perlantikan untuk ketua kampung masyarakat India.

“Penambahan kawasan ini tambahan baharu ini diambil setelah mengenal pasti ada kawasan yang mempunyai kepadapatan dan tumpuan masyarakat india,” katanya dalam sidang media sejurus menghadiri mesyuarat Exco hari ini.

Tambahnya lagi, pelantikan kali ini melibatkan 839 perkampungan Masyarakat Melayu, Kampung Kaum Cina sebanyak 134 kampung, 7 kampung Masyarakat India dan Orang Asli sekitar lebih 100 Kampung.

“Ini adalah bentuk pentadbiran inovatif bagi masyarakat India kerana sebelumnya tiada satu kampung masyarakat India diwujudkan disebabkan kampung yang tidak mencapai kepadapatan penduduk yang sepatutnya,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");