Jenayah

Padah berlombong tanpa lesen

Pasir Mas: Empat beradik termasuk seorang pesara kerajaan bergelar datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini tadi terhadap tuduhan menjalankan perlombongan tanpa lesen, April lalu.

Tertuduh, Mohd Azhan Mohd Yusoff, 50; Mohd Azhar, 52; Mohd Azlan, 57; dan Che Amran, 62; bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan semua tertuduh sebagai pemilik tanah didakwa melakukan perlombongan tanpa lesen di Lot 4001, Mukim Jeli tepi sungai, Jajahan Jeli pada 11.30 pagi, 13 April 2015.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Mohd Helmi Mat Zin menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Disember depan untuk sebutan semula kes.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");