Sukan Hari Ini

Malang si Blues

CHELSEA berdepan satu lagi episod malang apabila pengurusnya, Jose Mourinho dihukum Persatuan Bola Sepak (FA) England.

Semuanya kerana pengendali berasal dari Portugal itu mempertikaikan keputusan pengadil ketika aksi yang memperlihatkan The Blues tewas 1-2 kepada West Ham United, 24 Oktober lalu.

Dalam aksi itu, pemainnya, Nemanja Matic dilayangkan kad merah pada minit ke-44.

Bukan hanya Matic yang diusir, malah Mourinho turut dihalau keluar padang pengadil perlawanan, Jonathan Moss.

Semuanya kerana ketidakpuasan hati Mourinho terhadap tindakan pengadil malah dia juga didakwa mengasari Moss ketika perlawanan berhenti rehat.

Disebabkan itu, Mourinho dihukum tidak boleh tampil dalam satu perlawanan, menentang Stoke City, Ahad ini dan didenda 40,000 Pound Sterling (RM224,000).

Ini bukan kali pertama Mourinho dihukum FA musim ini kerana sebelum ini dia dihukum kerana mempertikaikan keputusan pengadil selepas Blues tewas 1-3 kepada Southampton.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");