Panasnya Hari Ini

Bekas Ahli Dakwa DAP Parti Rasis

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mendakwa DAP adalah parti rasis dan suka membuli orang Melayu.

Beliau yang juga bekas ahli DAP berkata demikian berikutan tindakan beberapa pemimpin DAP yang mendesak agar Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memecat Exco kerajaan negeri dari PAS.

Tambahnya lagi, DAP yang seharusnya meletakkan jawatan sebagai Exco, bukannya PAS.

Katanya, PAS tidak melakukan sebarang kesalahan, sebaliknya PAS menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atas pilihan rakyat.

“DAP duduk menyalak pecat Exco PAS, tetapi PAS konsisten kerana mereka dipilih rakyat. Kalau benci dengan PAS, sepatutnya DAP kena letak jawatan Exco.

“Siapa DAP nak cabar PAS letak jawatan. DAP ini rasis, dia memang tidak suka tengok orang Melayu pegang jawatan dalam Exco, bukti DAP rasis jelas dalam pemilihannya baru-baru ini apabila tidak ada Melayu yang menang,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Kata Ramesh lagi, DAP akan ditolak oleh pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya parti itu terus mendesak Azmin supaya menggugurkan PAS daripada barisan Exco Kerajaan Negeri.

“Melayu akan tolak sebab mereka anggap Cina (DAP) buli Melayu. Cina jangan buli Melayu, kalau mereka nak tolak hudud sekalipun,” katanya.

Mengulas lanjut, pelantikan PAS sebagai Exco kerajaan negeri telah mendapat perkenan Sultan Selangor malahan baginda berhak untuk melantik sesiapa sahaja yang layak.

“Tuanku Sultan Selangor sudah berkenan PAS dilantik Exco, DAP nak lawan kuasa Tuanku?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");