Berita Hari Ini

Malaysia bebas penyakit anjing gila

KUALA LUMPUR – Malaysia adalah negara bebas penyakit rabies (anjing gila) mengikut rekod sehingga Jun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kejadian terakhir pernyakit tersebut dijangkiti manusia dan haiwan di negara ini adalah masing-masing pada tahun 1998 dan 1999.

“Namun begitu, selain Singapura dan Brunei, negara jiran lain di Asia Tenggara masih melaporkan kejadian penyakit rabies dari semasa ke semasa,” katanya menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang meminta kementerian menyatakan bilangan kes rabies setiap tahun mulai 2010 sehingga kini.

Dr Hilmi berkata sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang positif dijangkiti rabies dan jangkitan penyakit itu dari manusia kepada manusia adalah sangat jarang berlaku.

Bagaimanapun beliau berkata, kementerian sentiasa bersiap siaga menangani penyakit itu termasuk menyediakan vaksin anti-rabies bagi manusia yang telah dilaksanakan di seluruh negara terutamanya di negeri-negeri berpotensi seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Tambahnya, sebanyak 14 hospital kerajaan di tiga negeri terbabit juga mempunyai bekalan stok vaksin anti-rabies dan ‘rabies immunoglobin’ yang mencukupi bagi menangani kes gigitan anjing dalam kalangan manusia dengan kos rawatan penyakit itu adalah RM1,500 seorang.

Dalam pada itu, Dr Hilmi berkata kementerian termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta negeri-negeri lain telah melaksanakan tindakan pencegahan dan kawalan mengikut garis panduan antaranya pengurusan kes pesakit terkena gigitan anjing, pengukuhan aktiviti pemantauan kes gigitan dan promosi kesihatan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");