PARIS: Juventus, Paris Saint-Germain (PSG), Atletico Madrid dan Benfica antara kelab terbaharu yang layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.
Naib juara musim lalu, Juventus menewaskan Manchester City 1-0 di Turin menerusi jaringan Mario Mandzukic untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam Kumpulan D layak ke 16 pasukan terakhir, awal pagi tadi.
PSG pula menang besar 5-0 ke atas Malmo, dengan penyerang Zlatan Ibrahimovic meledak untuk kelab ketika usia remajanya itu, sekali gus menyertai Real Madrid dari Kumpulan A.
Atletico Madrid pula mara dari Kumpulan C selepas mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Galatasaray di gelanggang sendiri.
Keputusan itu juga membantu kemaraan Benfica biarpun hanya seri 2-2 dengan Astana.
Setakat ini, sembilan kelan sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati dengan penyandang juara, Barcelona Bayern Munich memastikan tempat masing-masing semalam manakala Zenit St Petersburg terlebih dahulu mengesahkan tempat. – AFP/berita harian