Sukan Hari Ini

Muhd Najib mahu trofi kekal di Malaysia

Kuala Lumpur Kapten Skuad Projek 2016, Muhd Najib Abu Hassan mahu memastikan trofi Piala Remaja Asia terus kekal di Malaysia selepas Skuad Projek 2013 mencipta sejarah memenangi piala berprestij itu tiga tahun lalu.

Bagaimanapun pemain pertahanan itu sedar tugas untuk mempertahankan kejuaraan itu bukan sesuatu yang mudah.

Walaupun misi utama adalah mencari tiket ke Piala Dunia Remaja di India tahun depan, Najib berasakan lebih manis jika dia serta rakan sepasukan mengulangi kejayaan Skuad Projek 2013 yang ketika itu di bawah bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.

“Bagi saya, kami mempunyai keupayaan untuk mengulangi kejayaan Skuad Projek 2013. Setiap pemain cukup bersemangat untuk memenuhi impian ini.

“Semua sudah bersedia sepenuhnya menghadapi kejohanan yang cukup penting ini,” katanya.

Bagaimanapun Najib mengakui beberapa kelemahan ketara seperti ketika Piala Sultan Johor bulan lalu tidak boleh diulangi.

“Kami perlu lebih fokus setiap perlawanan. Apa yang saya nampak kami sering leka pada hujung permainan.

“Semua lawan ditemui cukup sukar tapi kami perlu beri lebih perhatian kepada India kerana mereka sedang berada pada prestasi terbaik ketika ini,” katanya.

Selain skuad negara dan India, turut sama menghuni Kumpulan A adalah China dan Jepun.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");