Panasnya Hari Ini

PAS Guna Pendekatan Berbeza Hadapi UMNO

KUALA LUMPUR: Pas akui parti itu menguna pakai pendekatan berbeza ketika berhadapan dengan Umno,iaitu pendekatan yang berlainan dengan sebelum ini.

Memetik sumber Sinar harian, kenyataan itu dinyatakan oleh Naib Presiden Pas, Idris Ahmad semasa menyampaikan Sambutan 60 tahun Pas Kelantan yang diadakan di Dataran Ilmu, di sini malam tadi.

Tambahnya biarpun terdapat pimpinan Pas mengadakan pertemuan dengan Umno, namun pertemuan itu bukan bermaksud Pas akan menjalinkan hubungan politik dengan parti itu.

“Takkan lah kita jumpa orang Umno kita tidak boleh bercakap, nak macam itu ke, takkan kita nak balik kaedah lama balik, kalu jumpa orang Umno, nak tindih bayang pun tidak boleh,”

“Pas ini ada dasar, kita ada Majlis Syura, kita ada AJK Pas pusat, Lajnah politik, jangan tuan-tuan runsing, tengok kepimpinan Pas minum kopi dengan orang Umno, terus kata nak masuk Umno,” katanya.

Terdahulu, Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendedahkan bahawa terdapat pimpinan parti itu mahu mewujudkan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke 12 (PRU-12).

Dakwa Husam, tindakan itu gagal setelah kerusi yang diperoleh tidak cukup untuk mewujudkan sebuah kerajaan.

Dalam ceramah tersebut, Idris turut mengesahkan tiada perbincangan khususnya agenda untuk bergabung dengan Umno dalam mesyuarat Majlis Syura minggu lalu.

“Sebab itu tuan puan, setakat hari ini, jangan runsinglah, mesyuarat terakhir minggu lepas majlis syura, jawatankuasa Pas pusat tak pernah bincang pun nak masuk Umno ini, tidak ada, malah kita tegaskan lagi sekali, kita dengan Umno ini tak ada apa,”katanya.

Tambahnya lagi, penyertaan dalam Pas bukan kerana mengikut mana-mana individu sebaliknya dilakukan kerana dasar parti itu yang mahukan Islam dimartabatkan.

“Kalau ada pemimpin Pas yang dekat dengan Umno, dia seorang sahaja dekat dengan Umno. Sebab itu tuan-tuan jangan bimbang tidak ada orang pas yang nak masuk Umno ni,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");