Jenayah

Raisha kini dirawat di ICU PPUM

KUALA NERUS: Tun Raisha Afrina Tun Mohd Yazid, 1, yang menderita penyakit Biliary Atresia sedang dirawat di ICU di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu.

Tun Raisha yang disahkan mengalami ketidakwujudan hempedu luar dimasukkan ke dalam wad setelah mengalami batuk dan demam teruk minggu lalu.

Ibunya, Tuan Nor Saripah Norshahirah Tuan Ibrahim, 21, berkata, anak tunggalnya itu terpaksa menggunakan bantuan pernafasan.

“Ketika ini keadaan kesihatan Raisha tidak menentu dan saya hanya mampu berdoa agar dia kembali pulih,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurut Tuan Nor Saripah Norshahirah, dia membawa Raisha ke PPUM untuk mendapatkan rawatan setelah kesihatannya semakin teruk.

“Saya tidak tahan melihat Raisha menderita dan membawa dia ke PPUM, meskipun belum ada tarikh bertemu pakar,” katanya.

Menurutnya, mengikut perancangan asal, dia ingin membawa Raisha ke China untuk mendapatkan rawatan di hospital di negara itu, namun jumlah wang RM160,000 yang diperlukan belum mencukupi.

Sejak kisah kanak-kanak malang ini disiarkan dalam ruangan Sinar Di Hati lebih sebulan yang lalu, sumbangan lebih RM60,000 telah berjaya diperolehi.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin menyumbang, boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank (163019831792) CIMB (7616016942) dan Bank Rakyat (221161095105) di atas nama Tuan Nor Saripah Norshahirah Tuan Ibrahim atau menghubunginya di talian 0139368452.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");