Perak Hari Ini

Pemandu Cedera Kenderaan Bertembung

IPOH:Dua pemandu  kenderaan cedera setelah kenderaan milik mereka terbabas dan bertembung dalam kejadian kemalangan yang berlaku awal pagi tadi.

Menurut sumber Jurucakap Balai Bomba Dan Penyelamat, kejadian berlaku berhampiran Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah di sini sekitar jam 1.19 pagi tadi.

“Setibanya penyelamat di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta bertembung dengan sebuah van,” katanya.

Tambah sumber, pemandu van berkenaan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pihak Bomba.

Manakala pemandu sebuah lagi kenderaan turut mengalam kecederaan dalam kejadian tersebut.

IMG-20151115-WA0017

“Pihak penyelamat telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat khusus,” katanya.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Ambulans untuk menerima rawatan.

Operasi tamat sekitar jam 2.34 pagi tadi yang diketuai oleh PBK II Ariff Saidin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");