Perak Hari Ini

Pemecatan Hamidah, Itu Keputusan MT UMNO – DS Zambry

IPOH: “Ia adalah keputusan telah diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan kita hanya dimaklumkan tentang keputusan itu.

Begitu ulasan ringkas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika ditanya mengenai tindakan pemencatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman daripada UMNO semalam.

Beliau bagaimanapun enggan menggulas lanjut berkenaan isu tersebut.

Tambahnya ia adalah laporan yang telah dihantar menerusi bahagian Gopeng terus kepada kepada pentadbiran pusat.

“Biasanya pemangkuan jawatan akan dibuat buat masa ini,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau tidak layak untuk memberi ulasan berkenaan perkara tersebut.

Terdahulu, Datuk Hamidah Osman diumum telah dipecat daripada keahlian dan jawatannya dalam parti Umno.

Keputusan itu diumumkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah mendapat persetujuan Ahli Mesyuarat Tertinggi UMNO pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");