Sukan Hari Ini

Willett, Dubuisson perkasa Eropah

Kuala Lumpur: Kapten Eropah Darren Clarke mengalu-alukan kehadiran barisan pemain Piala EurAsia ketika naib juara Race to Dubai Danny Willett dan bintang Perancis Victor Dubuisson mengesahkan slot antara 10 pemain layak secara automatik.

Willett, 28, yang juga pemain nombor 20 dunia antara lima pemain England layak ke kejohanan dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Januari, sebagai antara 10 pemain tertinggi Jelajah Eropah yang berada dalam senarai kedudukan Race to Dubai.

Dubuisson dan rakan sepasukannya dalam Piala Ryder Ross Fisher turut berjaya melepasi cut selain Chris Wood, Michael Fitzpatrick serta Andy Sullivan yang berada di belakang Rory McIlroy pada aksi penutup musim Jelajah Eropah, Kejohanan Jelajah Dunia DP di Dubai.

Pemain Ireland Shane Lowry, Bernd Wiesberger dari Austria, bintang Denmark Soren Kjeldsen dan pemain Sweden Kristoffer Broberg melengkapkan senarai 10 pemain yang akan bertemu Pasukan Asia, diketuai Jeev Milkha Singh di Kuala Lumpur nanti.

“Saya gembira dengan barisan pemain pasukan ini. Mereka mungkin masih muda tapi kekuatan masing-masing tidak boleh dinafikan selain berpengalaman,” kata Clarke dalam kenyataan dikeluarkan Jelajah Asia.

“Piala EurAsia memberikan peluang kepada pemain kami untuk meningkatkan prospek menempatkan diri dalam skuad Piala Ryder tahun depan. Ia juga memberi peluang kepada saya untuk melihat sejauh mana mereka dapat menyesuaikan diri dalam suasana pasukan seperti ini,” katanya.

Eropah dan Asia masing-masing mahu bergelar juara Piala EurAsia buat kali pertama selepas edisi 2014 yang berlangsung di Kelab Golf dan Country Glenmarie menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 10-10.-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");