Isu Panas

PKR: Kami mahu undi muda-mudi Melayu

SHAH ALAM – Setiap pimpinan, cabang dan ranting PKR harus bekerja lebih kuat bagi meraih sokongan pengundi Melayu muda.

Ini kerana menurut Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Zin, pengundi muda Melayu akan menjadi faktor penentu masa depan PKR dalam PRU akan datang.

“Setiap tahun, penambahan pengundi baharu akan mencecah sehingga 500,000. SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak membenarkan parti politik menambah pengundi baharu, jadi kita agak ketinggalan sedikit dalam menambah pengundi baharu untuk berpihak kepada kita,” katanya.

Mengulas mengenai masalah tersebut, Tze Zin berkata, PKR sudah ketinggalan dua tahun ke belakang dalam menambah pengundi yang memihak kepada PKR.

Justeru, beliau menyeru ahli PKR dan cabang untuk terus berusaha meraih sokongan pengundi muda Melayu sebelum menjelangnya PRU 14 nanti.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");