Panasnya Hari Ini

PKR Yakin Mampu Bentuk Kerajaan Pada PRU14

KUALA LUMPUR: PKR menyatakan keyakinan bahwa pihak pembangkang mampu merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dirasakan tidak mustahil untuk berlaku.

Memetik sumber Freemalaysiatoday hari ini, kepercayaan itu dilontarkan oleh Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Fahmi Fadzil semasa menyampaikan ucapan penggulungan di hari terakhir Kongres PKR ke-11 hari ini.

Ujarnya ianya mampu terjadi seperti yang telah dibuktikan dalam pilihan raya di Myanmar apabila pembangkang berjaya mengulingkan kerajaan pemerintah.

Tambahnya lagi, menerusi pilihanraya negara itu, Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi mewakili Parti Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) berjaya memperolehi kemenangan besar dalam pilihan raya umum negara itu.

“Myanmar sudah buktikan bahawa pembangkang mampu mengambil alih kerajaan, tidak mustahil perkara sama berlaku di sini.

“Kita boleh lakar kejayaan kita pada pilihan raya akan datang nanti, kita akan buktikan nanti. Jangan malas, masa sudah tak banyak,” katanya.

Tambahnya lagi, ahli PKR diseluruh negara disaran untuk bersama-sama gabungan pembangkang untuk berkerja dengan lebih keras bagi memastikan BN dapat ditumbangkan pada PRU akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");