Isu Panas

Sokong Kon Yeow ganti Guan Eng

GEORGETOWN – Kira-kira 20 lelaki berkumpul di hadapan hotel yang menjadi lokasi Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 untuk menyatakan sokongan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengambil alih jawatan ketua menteri.

Mereka berkumpul kira-kira jam 9 pagi tadi sekali lagi menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengosongkan segera jawatan itu.

Difahamkan, mereka berkumpul di situ kira-kira lima minit dengan memegang sepanduk antaranya bertulis ‘Lim Guan Eng Balik Melaka”, “Chow Kon Yeow Chief Minister of Penang, We Want You”, “Anak Negeri Pulau Pinang Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang”.

Dipercayai, kumpulan itu adalah kumpulan sama yang membuat protes di Komtar semalam.

Semalam, sekumpulan 40 orang berkumpul di hadapan Komtar bagi menyatakan bantahan mereka terhadap kepimpinan Guan Eng.

Mereka yang berkumpul kira-kira setengah jam itu memegang sepanduk menyatakan sokongan terhadap Kon Yeow untuk menggantikan Guan Eng sebagai ketua menteri.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");