Jenayah

Polis selamatkan bayi 12 hari disyaki diculik

BUKIT BERUANG: Bayi lelaki yang hilang di sebuah rumah di Taman Kota Laksamana Seksyen 3, Selasa lalu berjaya dikembalikan kepada keluarganya selepas hampir 29 jam diculik.

Bayi lelaki yang kini berusia 14 hari itu berjaya diselamatkan selepas wang tebusan RM200,000 diserahkan kepada seorang wanita di sebuah pusat tuisyen di Taman Pulau Gadong Perdana di sini, kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, kejadian penculikan itu melibatkan empat individu termasuk sepasang suami isteri yang juga saudara kepada bapa bayi itu.

“Dua wanita lain berusia 21 tahun dan suami wanita berusia 24 tahun yang juga bapa saudara bayi berkenaan kini ditahan selepas wang tebusan diserahan.

“Bayi ketika diselamatkan dalam keadaan sihat sebelum dibawa ibu bapanya ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam siang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, semalam.

Menurut Ghee Lye, keempat-empat suspek kini ditahan dan pihaknya kini dalam proses memohon perintah tahanan reman selama tujuh hari.

Dalam kejadian Selasa lalu, bayi berkenaan dikatakan hilang di ruang tamu rumah neneknya dipercayai diculik dalam kejadian kira-kira jam 6 petang.

Ketika kejadian, terdapat lebih dua orang dewasa di dalam rumah termasuk ibu bayi berusia 20 tahun yang sedang berehat di dalam bilik tidur.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");