Panasnya Hari Ini

PROTON Design Competition 2015, 427 Penyertaan Diterima

KUALA LUMPUR: Sebanyak 427 penyertaan telah diterima untuk Kategori Sekolah Rendah dan individu berumur 18 tahun ke atas bagi pertandingan PROTON Design Competition 2015 sehingga tarikh tutup pada 18 September lalu.

Pertandingan yang bermula sejak 18 Jun lalu bertujuan untuk memupuk semangat kreativiti dan kemahiran rakyat Malaysia dalam mewujudkan reka bentuk yang inovatif berkaitan konsep kereta yang bersesuaian dengan keluarga di Malaysia.

Pertandingan yang berlangsung selama 14 minggu itu pada mulanya dijadualkan berakhir pada 1 September 2015 tetapi dilanjutkan sehingga 18 September untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah untuk menyertainya.

Menerusi kenyataan media dari PROTON, penilaian terhadap hasil kerja daripada peserta akan diadili oleh mereka yang berpengalaman.

“Hakim-hakim terdiri daripada ketua-ketua pelbagai jabatan di PROTON Holdings yang diketuai oleh Azlan Othman, Ketua Pereka PROTON dan hakim-hakim jemputan dari Fakulti Rekabentuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan rakan-rakan permotoran dari Paultan.org dan infokereta.com.

“Setiap reka bentuk yang diterima akan dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam borang peraturan,”katanya.

Tambahnya lagi, peserta kategori sekolah rendah perlu menghantar lakaran lukisan tangan dan petunjuk luaran.

Keputusan yang diputuskan oleh barisan hakim adalah muktamad dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Bagi kategori individu atas 18 tahun pula, pentafsiran dalaman dan luaran perlu disertakan.

Pemenang bagi kategori sekolah rendah akan membawa pulang wang tunai RM10,000 (juara), RM7,000 (tempat kedua), dan RM5,000 (tempat ketiga).

Bagi kategori dua pula, juara akan membawa pulang wang tunai RM15,000, tempat kedua RM10,000 dan tempat ketiga akan membawa pulang RM7,000.

Pemenang saguhati di tempat keempat hingga tempat kesepuluh bagi kedua-dua kategori akan membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta sijil dan trofi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");