Panasnya Hari Ini

Letak Jawatan Kalau Debat 1MDB Berlaku-Pandikar Amin

KUALA LUMPUR: Sekiranya debat 1MDB antara Tony Pua dan Arul Kanda Kandasamy diteruskan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak akan teragak-agak untuk melepaskan jawatannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

“Kalau kerajaan mahu melibatkan perdebatan itu, saya tidak akan melibatkan diri saya dan saya secara dukacitanya akan mengundur diri sebagai Speaker kalau itu diteruskan. Pendirian saya jelas”,” tegasnya semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Pandikar Amin menyatakan kegusarannya jika debat yang disiarkan secara langsung itu akan menganggu siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan membuatkan orang awam bersikap curiga terhadap kredibilit siasatan tersebut.

Walaupun begitu, beliau menyatakan debat itu boleh diteruskan jika kedua-dua panel iaitu Tony Pua dan Arul Kanda tidak langsung terlibat dalam siasatan 1MDB.

“Saya tidak akan menghalang sekiranya debat secara langsung diteruskan kedua pihak, namun saya benarkan dengan syarat bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara harus meletakkan jawatan dari PAC atau tidak meletakkan jawatan tetapi tidak melibatkan diri mana-mana bahagian siasatan PAC yang melibatkan 1MDB.

“Manakala, Arul Kanda tidak boleh lagi terlibat dalam mana-mana bahagian siasatan PAC, ini bagi maksud mengekalkan ketelusan siasatan PAC selaras dengan Peraturan Mesyuarat sebelum kenyataan PAC itu dibentangkan,” katanya lagi.

Menurut Pandikar, perbahasan mengenai 1MDB boleh dilakukan sekiranya siasatan berkenaannya telah selesai dan beliau meminta rakyat memahami perkara ini kerana jika siasatan belum berakhir, isu ini tidak akan menemui jalan penyelesaian.

Foto- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");