Sukan Hari Ini

RM11j perkasa Melaka United

Melaka: Melaka United (MU) bakal membelanjakan RM11 juta sebagai persediaan menghadapi saingan Liga Perdana 2016.

Jumlah besar itu dijangka membabitkan perbelanjaan pengurusan pasukan termasuk menggaji pemain import berkualiti.

Timbalan Presiden MU Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, beberapa pemain terbaik tempatan yang kini beraksi dalam skuad Liga Super serta Piala Malaysia juga dijangka menyertai MU pada musim akan datang.

Beliau yang juga pengurus pasukan berkata, bagaimanapun keputusan terakhir terletak kepada jurulatih Mat Zan Mat Aris untuk memilih pemain mengikut kesesuaian strategi menerusi gandingan pemain tempatan dan import.

Menurutnya, beberapa pemain tempatan ternama sudah berada dalam senarai perancangan yang dijangka membabitkan perbelanjaan melebihi RM8 juta.

Bagaimanapun, katanya, perbelanjaan itu dijangka mencecah RM11 juta dengan khidmat awang import yang bakal memperkasakan pasukan nanti.

“Begitupun, kami harap sentuhan pemain yang dipilih nanti mampu membawa MU ke tahap lebih tinggi.

“Walaupun Presiden (Datuk Seri Idris Harun) mahu melihat pasukan ini beraksi dalam kancah Piala Malaysia, MUSA (Persatuan Bola Sepak Melaka) mensasarkan sekurang-kurangnya untuk berada dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana dan kami anggap bonus jika mara ke Liga Super,” katanya.

Yusoff berkata, antara pemain import yang menjalani ujian pemilihan termasuk dari Korea Selatan, Jepun, Nigeria, Australia dan Sweden.

Katanya, hanya yang terbaik, cergas dan memiliki rekod cemerlang bersama pasukan lama akan terpilih dalam usaha membentuk skuad terbaik.

Menurutnya, hanya tujuh pemain tempatan musim lalu dikekalkan bagi mengharungi pentas Liga Perdana 2016 termasuk penjaring terbanyak Liga FAM 2015 Nur Syamil Abd Ghani.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");