Sukan Hari Ini

Satheishtharan ketuai cabaran ke pusingan kedua

PEMAIN perseorangan negara, R Satheishtharan mengetuai cabaran negara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2015 di Lima, Peru.

Dia pilihan ke-10 mudah mengetepikan pemain Costa Rica, Zichong Alejandro Zheng Chen 21-8, 21-7 di pusingan awal semalam.

Turut mengiringinya ke pusingan seterusnya adalah Yeoh Seng Zoe yang menundukkan seorang lagi pemain Costa Rica, Gianpiero Cavallotti, 21-6, 21-5 manakala Lee Zii Jia mengalahkan Christopher Alexander Martinez Salvador dari Guatemala, 21-12, 21-13.

Pemain perseorangan remaja utama negara, Cheam June Wei yang diletakkan sebagai pilihan kedua, akan membuka kempennya menentang U Ieong Iek dari Macau di pusingan kedua selepas mendapat bye di pusingan pertama.

Aksi pusingan kedua kejohanan akan bermula hari ini dari jam 9 pagi waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

Dua pemain perseorangan wanita negara – Lee Ying Ying dan M Thinaah turut mara selepas menundukkan lawan masing-masing.

Ying Ying mengetepikan pemain Hungary, Vivien Sandorhazi 21-10, 21-13 manakala Thinaah menundukkan Zou Zhuo Lin dari Macau 21-9, 21-5.

Begitupun cabaran satu lagi wakil negara, Qi Xuan Ng berakhir selepas kalah 6-21, 12-21 kepada Lee Yu Rim dari Korea Selatan dalam aksi pusingan pertamanya.

Pemain perseorangan utama wanita negara, Goh Jin Wei yang diletakkan sebagai pilihan keempat, akan membuka kempennya di kejohanan ini menentang pemain Denmark, Michelle Skodstrup di pusingan kedua selepas menerima bye di pusingan pembukaan.

Dalam acara beregu campuran, gandingan Goh Sze Fei-Teoh Mei Xing menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan cabaran selepas pasangan lain tersingkir awal.

Goh-Teoh yang menerima bye untuk aksi pembukaan selepas diletakkan sebagai pilihan keenam, menundukkan Niels Veenstra-Marlies Baan dari Belanda 21-13, 21-12 di pusingan kedua. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");