Berita Hari Ini

SPRM amal 4K banteras rasuah

LENGGONG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menekankan 4K dalam usaha mereka membanteras gejala rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, 4K tersebut adalah Kefahaman, Kesedaran, Keinsafan dan Keikhlasan.

Menurutnya, empat perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana ia mampu menjadi pemangkin kepada usaha membanteras rasuah dalam masyarakat.

“Masyarakat perlu faham mengenai rasuah, tentang bahayanya kepada negara. Selepas itu, perlu ada kesedaran bahawa rasuah salah di sisi undang-undang.

“Kemudian, perlu ada keinsafan. Kalau bukan kita, siapa lagi kita nak harapkan untuk jaga negara. Akhir sekali, keikhlasan. Jadikan jihad memerangi rasuah merupakan perjuangan utama mereka.

“Jika kita praktik 4K ini, saya yakin kita dapat membanteras gejala rasuah di negara ini dengan lebih baik,” katanya.

Mustafar berkata, agak sukar untuk mewujudkan sifar rasuah dalam sesebuah negara namun toleransi sifar terhadap rasuah adalah tidak mustahil.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup Malam Gala Kemuncak Pertandingan Public Service Announcement, di sini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");