Perak Hari Ini

Sultan Perak Turut Sertai Larian Sempena Sambutan Keputeraan

IPOH: Seramai lebih 3000 peserta menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah bertempat di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah berkenan merasmikan pelepasan kesemua peserta itu yang bermula sekitar jam 6.40 pagi di Jalan Tun Razak.

PERAKTODAY (27)

Turut berangkat sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta putera dan puteri baginda iaitu Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd. Ghazali Jalal dan barisan exco kerajaan negeri.

Larian tersebut merangkumi tiga kategori iaitu 7, 10 dan 15 kilometer.

PERAKTODAY4 (2)

Turut menjadi perhatian adalah larian kategori VVIP di mana Sultan Nazrin sendiri telah berkenan mengambil bahagian bersama Raja Permaisuri serta anak-anak baginda.

Majlis yang turut dimeriahkan dengan persembahan pancara­gam dan formasi kawad senyap oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut itu turut mendapat perkenan Sultan Nazrin untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang.

PERAKTODAY3 (15)

Sepanjang trek pelarian sekitar Kuala Kangsar itu juga beberapa persembahan turut diadakan seperti persembahan gambus, gendang cina dan tarian singa dari pelbagai persatuan.

Turut mengambil bahagian dalam pelarian itu adalah bekas jaguh pelari kebangsaan seperti, Datuk Maria Chin, Datuk Poon Fook Loke, Rabuan Pit, Josephine Mary dan V.Samson.

Larian ini diadakan bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

PERAKTODAY6 (3)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");