Sukan Hari Ini

Xavi Anggap Van Gaal Bodoh

BEKAS ketua pasukan Barcelona, Xavi mengakui menganggap Louis Van Gaal sebagai seorang yang bodoh ketika jurulatih itu dilantik untuk membimbing kelab berkenaan.

Bekas pemain Sepanyol itu berkata, ketika itu dia merupakan pemain remaja di Nou Camp.

Bagaimanapun selepas seminggu menjalani latihan di bawah kendalian Van Gaal, Xavi mula menyedari bahawa Van Gaal tidak seperti yang disangkanya.

“Selepas dua hari berlatih saya mula sedar. Siapa yang bodoh? Selepas seminggu pula baru saya tahu bahawa dia orang yang tepat untuk melatih Barcelona.

“Dia seorang jurulatih yang baik. Dia mempunyai karektor yang tegas tetapi mampu bersabar walaupun dalam keadaan tertekan,” jelas Xavi yang merupakan pemain kelab Al Sadd di Qatar.

Tambahnya, Van Gaal mempunyai cita-cita yang tinggi ketika mahu mendapatkan sebarang kejuaraan.

“Dia juga tegas dan sangat memilih supaya ia tidak lari daripada falsafah dirinya,” jelas Xavi.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");