Sukan Hari Ini

Yakin Yeop lakar kemenangan

KEBANYAKAN penyokong Perak yakin The Bos Gaurus mampu melakar kemenangan pada aksi berdepan JDT di Stadium Perak, malam ini, lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Setiausaha Seladang FC, Ahmad Razmi Kamaruddin berkata, keyakinan berdasarkan semangat ditunjukkan pemain termasuk persediaan rapi pasukan menjelang pertemuan dengan skuad Harimau Selatan itu.

Katanya, semua pemain diharap mampu memberi persembahan terbaik bagi mencatat kejayaan dan seterusnya menghidupkan semula peluang mara ke suku akhir.

“Kita bakal berdepan JDT, juara Piala AFC 2015. Tetapi, tidak ada yang perlu dibimbangkan oleh kesebelasan pemain kerana tidak ada yang mustahil dalam bola sepak.

“Namun, sudah tentu menentang barisan JDT kali ini adalah cabaran paling getir buat Perak dan hanya perancangan serta susunan pemain yang tepat oleh jurulatih akan memberikan jawapan di atas padang nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Razmi yakin motivasi pemain bagi kedua-dua pasukan (Perak atau JDT), mampu berperanan menentukan keputusan perlawanan.

Bagaimanapun katanya, penyokong Perak tetap mengharapkan skuad Seladang mampu mencatat kemenangan malam ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");