Panasnya Hari Ini

VAPE: Keputusan Kementerian Kesihatan Terburu-Buru – Pemuda UMNO

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan rokok eletronik atau vape mendapat bantahan daripada banyak pihak, termasuklah Pemuda UMNO.

Exconya, Nazir Husin Akhtar Husin berkata, tindakan kementerian tersebut merampas pelbagai cecair nikotin yang dijual merupakan satu keputusan yang terburu-buru.

Tambahnya lagi, langkah yang diambil oleh kementerian tersebut dilihat bertentangan dengan keputusan Kabinet yang memutuskan tidak mengharamkan vape di negara ini.

“Di Malaysia, antara 10 hingga 12 peratus daripada punca kematian adalah kerana amalan merokok, iaitu lebih 10,000 kematian setahun, malah Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan bahawa merokok adalah haram.

“Sedangkan masih tiada kajian saintifik terhadap bahaya vape yang dilakukan di negara ini, dan masih terlalu awal untuk membuat keputusan mengharamkan atau mengambil tindakan terhadap rokok eletronik itu,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Dalam masa pada itu, beliau turut mempersoalkan agenda tersembunyi oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang membuat keputusan secara terburu-buru.

“Apakah kerana vape tidak mendatangkan cukai yang tinggi kepada negara seperti mana rokok?” soalnya.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta agar Subramaniam memperhalusi terlebih dahulu tindakan untuk mengharamkan vape kerana dibimbangi ianya tidak tepat.

Nazir berkata, ini kerana vape pada masa kini semakin diterima oleh masyarakat sebagai alternatif menggantikan tembakau dan nikotin.

Sebagai alternatif, beliau turut menyarankan agar kerajaan memberi fokus dan menyegerakan pelaksanaan undang-undang pengawalan terutamanya bagi mengelakkan penyalahgunaan serta larangan kepada remaja di bawah umur.

“Selepas ada kajian konkrit mengatakan vape ini menjejaskan kesihatan, barulah rokok eletronik ini diharamkan penggunaannya,” tegasnya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");