Perak Hari Ini

Zambry Sifatkan Abdul Kalam Sebagai Tokoh Lagenda

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan bekas presiden India APJ Abdul Kalam juga dikenali sebagai “missile man of India” merupakan seorang tokoh lagenda yang telah memberikan pelbagai sumbangan kepada dunia.

Menurutnya, majlis bagi menghargai segala jasa dan sumbangan tokoh dunia ini oleh Dewan Perniagaan India Perak merupakan satu langkah yang baik bagi memberi pendedahan dan berkongsi kejayaan tokoh tersebut dengan semua terutamanya golongan muda.

“Majlis ini adalah bagi mengenang seorang tokoh legenda India yang juga merupakan tokoh lagenda dunia iaitu Allahyarham Bekas Presiden India Abdul Kalam.

Dalam majlis yang sama turut dilancarkan setem kenangan dedikasi khas buat tokoh dunia tersebut.

“Manusia ini dianggap sangat istimewa yang ternama dan beliau meninggal ketika sedang menyampaikan ilmunya diatas pentas serta menghembuskan nafas terakhirnya disitu,” katanya ketika ditemui dalam majlis penghargaan dan memperingati Dr Abdul Kalam di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, Dr Kalam merupakan antara contoh pemimpin apabila beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta melainkan sepasang kasut, seutas jam tangan, tiga helai sut, enam helai seluar, enam helai baju dan 2,5000 buah buku.

“Dunianya adalah dunia buku yang penuh dengan keilmuan, komitmen dan memberikan harapan kepada dunia untuk hidup dalam suasana aman dan makmur,” katanya.

PERAKTODAY2 (21)

Beliau juga merupakan seorang pencetus cita-cita kepada golongan muda malah ideanya itu juga boleh disampaikan kepada golongan muda untuk dihayati

“Beliau menceritakan tentang cita-cita, dimana-mana sahaja malah tumpuannya kepada generasi muda dan beliau cukup selesai menyampaikan ucapan kepada golongan muda yang sedang membesar bagi memberikan harapan serta cita-cita,” katanya.

Turut hadir sama pada majlis tersebut Presiden Dewan Perniagaan India Perak (PICC), K.Seven Munusamy dan Penasihat Saintifik kepada Allahyarham Dr Abdul Kalam, V.Ponraj.

Terdahulu, Dr Kalam merupakan anak kelahiran Rameswaram, Tamil Nadu itu merupakan presiden ke-11 India dari 2002 hingga 2007.

Beliau banyak menyumbang ke arah usaha pembangunan wanita dan kanak-kanak dengan menggalakkan pendidikan dan celik huruf dalam kalangan penduduk miskin tegar.

Bekas presiden India itu meninggal dunia pada usia 84 tahun selepas rebah ketika menyampaikan syarahan di Shillong, Meghalaya.

PERAKTODAY (23)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");