Membawang Hari Ini

AbRam buah hati Shah Rukh Khan

Khabarnya anak-anak Datuk Shah Rukh Khan (SRK) iaitu Aryan, 18, dan Suhana, 15, cemburukan adik mereka yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang, AbRam, 2, kerana SRK dikatakan terlalu memanjakan anak lelaki bongsunya itu.

SRK sering kelihatan bersama AbRam dan situasi itu kurang menyenangkan Aryan dan Suhana.

Ketika anak-anaknya merungut hubungan rapat bapa mereka dengan AbRam, SRK bertanya semula kepada Aryan dan Suhana, ketika kecil adakah mereka sedar bagaimana sayangnya SRK kepada mereka berdua?

“Layanan saya kepada semua anak sama saja. Bagaimana saya melayan dan memanjakan AbRam sekarang, saya juga memanjakan Aryan dan Suhana ketika mereka kecil dulu, tetapi manalah mereka nak ingat.

“Saya juga bukan bapa yang terlalu tegas. Ketika Aryan dan Suhana masih kecil mereka sangat pemalu, tidak seperti AbRam. Aryan juga takut naik kereta dan suka muntah dalam kereta. Hanya sekali saja saya bawa dia ke lokasi penggambaran.

“Suhana pula akan menangis ketika kereta kami dikelilingi peminat. Sebab itu saya jarang bawa mereka keluar ke mana-mana,” katanya.

Menurut SRK, AbRam tak kisah dengan orang ramai dan dia juga belum tahu populariti SRK.

“Mungkin apabila dia besar nanti dan tahu siapa saya, dia juga akan malu untuk keluar dengan saya lagi sama seperti abang dan kakaknya,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");