Isu Panas

Ada pihak sedang tepuk bahtera Umno

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan ada pihak telah dan sedang menebuk lubang bahtera perjuangan Umno untuk menenggelamkannya.

Katanya, tindakan khianat sedemikian bukan sahaja boleh menumbangkan lawannya, namun memberi kesan kepada bangsa Melayu secara keseluruhannya.

“Sayang seribu kali sayang, mereka terlupa bahawa tindakan khianat sedemikian, bukan setakat boleh melemaskan pihak lawannya, akan tetapi, akhirnya yang karam dan tenggelam, adalah seluruh bangsa keturunan dan tamadun kita ini,” katanya ketika berucap di hadapan 2742 perwakilan Umno, hari ini.

Menurut Najib, sarjana-sarjana agama, antaranya Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi, menyatakan tentang haram hukumnya menggulingkan kerajaan.

Beliau turut menjadikan contoh demonstrasi jalanan dan insiden pijak gambar pemimpin Melayu sebagai perbuatan yang dilarang oleh agama.

“Demikian juga, saudara dan saudari, saya telah meminta pendapat beberapa orang alim ulama, berkaitan bagaimanakah yang dikatakan sesebuah Kerajaan itu zalim serta layak ditumbangkan.

“Soalnya, apakah kepimpinan Kerajaan kini yang telah berikhtiar sehabis baik, merintis berjuta jalan, demi maslahat rakyat, apakah itu boleh dihukum sebagai Kerajaan yang zalim?” soal Najib.

Beliau turut mengingatkan ahli-ahli Umno agar tidak cuba merosakkan apa yang telah diperjuangkan Umno selama hampir 70 tahun.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");