Sukan Hari Ini

D’Hooghe sokong tindakan Eva

London: Ketua jawatankuasa perubatan FIFA Michel D’Hooghe menyokong penuh bekas doktor kelab Chelsea Eva Carneiro, yang menyaman kelab itu selepas dipecat, menurut BBC kelmarin.

Pengurus Chelsea Jose Mourinho, yang dinamakan sebagai respondan dalam kes itu, turut disaman secara individu.

“Sudah tentu saya menyokong Eva Carneiro,” kata D’Hooghe seperti dipetik BBC. “Beliau melakukan tugasnya, beliau melaksanakan tanggungjawabnya apabila seseorang berdepan masalah beliau perlu mencelah. Sudah tentu beliau mendapat sokongan saya dan seluruh jawatankuasa perubatan.

“Saya berhubung menerusi e-mel dengannya dan beliau amat gembira dengan sokongan global dunia perubatan bola sepak.”

Mourinho menganggap Eva “terburu-buru dan naif” serta menyingkirkannya daripada tugasan pasukan utama selepas beliau masuk ke padang untuk merawat Eden Hazard ketika perlawanan pembukaan musim Liga Perdana menentang Swansea City di Stamford Bridge pada 8 Ogos lalu.

Chelsea beraksi 10 pemain selepas penjaga gol Thibaut Courtois dibuang padang dan dengan Hazard terpaksa meninggalkan padang selepas rawatan itu, mereka hanya mempunyai sembilan pemain. Perlawanan berkesudahan 2-2.

D’Hooghe berkata, Eva mungkin sukar mencari pekerjaan dalam bola sepak namun menegaskan beliau akan membantu jika perlu. – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");