Perak Hari Ini

Alami Keunikan ‘Funtasy House Trick Art’ Di Ipoh

Di sebalik deretan blok kawasan Pekan Lama Ipoh. Tiada siapa menyangka bahawa terdapat satu lokasi yang menyeronokkan, terutama bagi orang awam yang meminati seni lukisan 3D untuk bergambar.

Funtasy House Trick Art kini antara daya tarikan baharu bagi penduduk negeri Perak, terutama masyarakat Ipoh untuk mencuba kelainan di tempat tersebut.

PERAKTODAY16

Dengan 26 jenis lukisan tangan, pengunjung perlu menjadi kreatif supaya gambar-gambar yang diambil itu seolah-olah ‘hidup’. Tetapi pengunjung tidak perlu risau, pengungjung akan diberi tunjuk ajar oleh kakitangan Funtasy House Trick Art tentang cara mengambil gambar yang betul supaya gambar itu ‘hidup’.

Pengurus Funtasy House Trick Art, Andrew Chew berkata, kesemua lukisan tersebut dilukis oleh lapan orang pelukis tempatan termasuk dirinya.

“Kami mengambil masa selama empat bulan untuk menyiapkan kesemua lukisan-lukisan ini.

PERAKTODAY12

 

“Kita mempunyai empat bahagian di dalam galeri ini dan setiap satu bahagian adalah berbeza antara satu sama lain,”katanya.

Tambahnya, untuk bahagian pertama, pengunjung akan melihat lukisan yang berlatarbelakangkan bandaraya Ipoh. Antara lukisan yang dipamerkan adalah figura pelakon antarabangsa yang berasal dari Ipoh, Datuk Michelle Yeoh, Banjaran Hot Spring, dan keretapi ETS.

PERAKTODAY15

“Bahagian kedua adalah yang paling diminati iaitu ‘upside-down house’ atau rumah terbalik. Bahagian ketiga pula ialah ‘Dunia Fantasi’ dan bahagian terakhir pula ialah ‘Punishment Room’.

“Pengunjung memerlukan sekurang-kurangnya satu jam untuk ‘menjelajah’ dan bergambar dengan semua lukisan-lukisan yang ada. Kita juga ada kakitangan untuk membantu pengunjung bergambar,”jelasnya.

PERAKTODAY7

Mengulas lanjut, Funtasy House Trick Art ini mula dibuka kepada pengunjung pada 20 November lalu dan pembukaan rasmi akan dibuat pada penghujung Januari hadapan.

Katanya, walaupun baru dua minggu dibuka, beliau menerima maklumbalas positif daripada pengunjung yang hadir dan beliau mensasarkan seramai 3,000 pengunjung sebulan.

Funtasy House Trick Art ini dibuka setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Jumaat) dan 9 pagi hingga 8 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum).

PERAKTODAY11

Harga tiket untuk memasuki galeri ini ialah RM15 (Dewasa), dan RM10 (kanak-kanak, pelajar, dan warga emas tempatan dan pelancong asing) bagi warga Malaysia. Manakala bagi pelancong asing harga yang dikenakan ialah RM19 (dewasa).

Orang ramai yang ingin merasai keseronokan bergambar dengan lukisan-lukisan ‘hidup’ ini, boleh berkunjung ke Funtasy House Trick Art yang terletak di No 16, Jalan Market, Ipoh atau menghubungi galeri tersebut di talian 05 2550 007 atau emel ke [email protected].

PERAKTODAY1

PERAKTODAY13

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");