Panasnya Hari Ini

AMANAH Sedia Temui PAS Di Mahkamah

Foto:- MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) menyatakan kesediaan parti itu untuk bersemuka dengan PAS di mahkamah berhubung dakwaan yang dilakukan oleh Presidennya, Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan kumpulan pengganas, Islamic State (IS).

Ketua biro undang-undang AMANAH, Hanipa Maidin berkata, AMANAH tidak pernah menganggap PAS sebagai parti politik dan parti itu sentiasa menghormati hak semua pihak, termasuklah PAS, untuk menyaman mana-mana pemimpin mereka.

“Tetapi kami hendak ingatkan PAS bahawa AMANAH tidak pernah menganggap PAS sebagai musuh politiknya,”ujarnya, memetik laporan MalaysiaKini.

Tambah Ahli Parlimen Sepang itu lagi, AMANAH juga telah membentuk satu pasukan peguam khas bertujuan untuk mempertahankan presidennya jika PAS benar-benar mahu membawa Mohamad ke mahkamah.

“Kami juga ingin mengingatkan bahawa AMANAH juga mempunyai hak membuat tuntutan balas terhadap dakwaan pemimpin PAS, jika kes itu dibawa ke mahkamah,”tegasnya.

Terdahulu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa bahawa PAS telah dipengaruhi oleh pengaruh IS melalui satu program wawancara bersama sebuah portal berita.

Pada Sabtu lalu, Mat Sabu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk menarik balik kenyataan yang dibuatnya itu walaupun PAS sudah membuat laporan polis terhadapnya.

Semalam, seorang pemimpin PAS Pulau Pinang berkata, PAS kini sedang menunggu keputusan daripada pemimpin PAS Pusat sebelum memulakan tindakan undang-undang terhadap Mat Sabu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");