Isu Panas

Amanah semakin keliru

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat semakin keliru apabila berterusan melemparkan pelbagai tuduhan kepada Pas termasuk isu penggabungan Pas-Umno atas nama kerajaan perpaduan.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, sekarang Amanah mengaitkan pula Pas dengan militan IS dan menjadikan ia punca mengapa Amanah ditubuhkan.

“Melihat kepada tuduhan tersebut, kami melihat berlakunya ‘paradoks’ antara tuduhan IS dan kerajaan perpaduan.

“Sesebuah kumpulan yang terpengaruh dengan IS, sifat mereka begitu melampau terhadap pemerintah Muslim yang tidak sealiran dengan mereka,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya, dalam berhadapan dengan pemerintah seperti itu, IS akan mengangkat senjata untuk mencapai matlamat dan hampir tiada langsung jalan perdamaian.

“Pada masa sama Pas dituduh mahukan kerajaan perpaduan bagi membetulkan sistem dan budaya politik yang tempang dalam negara ini. Jika Pas dituduh menyerap pemikiran IS, mengapa pula sekarang dituduh mahu bergabung dengan kerajaan?,” katanya.

Menurut Zuhdi, berdasarkan paradoks kedua-dua tuduhan itu, Pusat Penyelidikan Pas melihat kepimpinan Amanah sebenarnya semakin keliru dan celaru.

“Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu digunakan untuk menyerang Pas. Mereka juga cari alasan memberikan jawapan kepada ahli-ahlinya yang ‘pening’ bagi mewajarkan mengapa mereka keluar dari Pas.

“Nasihat saya, selesaikanlah dahulu kecelaruan mereka, dan cari titik persamaan supaya kumpulan pro syiah, pro Tanzim Alami dan pro Anwariyyun dapat disetarakan pemikirannya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");