Jenayah

Dikesan sengaja ‘jual’ nama polis

Kuala Lumpur: Ada pihak dikesan sengaja ‘menjual’ nama polis dengan mendakwa mendapat pengesahan berhubung laporan kegiatan mencurahkan minyak di lebuh raya seperti didakwa di laman sosial Facebook.

Difahamkan berita palsu itu menjadi viral selepas berlaku kemalangan membabitkan sebuah kenderaan di Kilometer 72 hingga 74 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, baru-baru ini.

Kenyataan di laman sosial itu mendakwa kemalangan disebabkan oleh simbahan minyak di atas jalan dan perkara itu disahkan oleh polis Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, setakat ini tiada sebarang aduan rasmi atau laporan diterima berhubung kejadian simbah minyak itu.

“Bagaimanapun polis akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada tindakan tidak bertanggungjawab sehingga boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

“Tiada sebarang aduan khusus iterima berkaitan perkara ini tetapi polis tetap akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurutnya, polis turut menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu dan menafikan polis sudah mengeluarkan pengesahan berhubung kegiatan mencurah minyak seperti yang didakwa pihak tidak bertanggungjawab itu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");