Sukan Hari Ini

‘Apa idea Bernhardt?’

Kuala Lumpur: Presiden Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) B Sathianathan mahu jurulatih Skuad Projek Sukan SEA 2017 Frank Bernhardt tampil dengan perancangan tersendiri andai cadangan untuk beraksi dalam liga tempatan tidak menjadi kenyataan.

Sebelum ini, wujud cadangan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar skuad itu beraksi dalam saingan Liga FAM, namun mendapat bantahan keras Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang lebih memilih aksi Liga Perdana untuk pasukan itu.

Bagaimanapun, saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan ditadbir sepenuhnya Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) seperti tidak bersetuju dengan cadangan Shapawi itu lantaran jadual perlawanan sudah disusun lebih awal sebelum ini.

“Ada benar juga apa yang diperkatakan MSN itu dan ada juga betulnya kata FMLLP. Tapi kita mesti sedar, pasukan ini dibimbing beliau (Bernhardt) yang akan menentukan hala tuju pasukan.

“Saya nampak beliau masih berdiam diri tanpa ada sebarang cadangan atau pelan sampingan jika cadangan itu tidak menjadi.

“Beliau harus memberi idea kepada MSN dan FAM untuk menentukan bentuk persiapannya sendiri kerana akhirnya nanti apa jua keputusan baik atau buruk semuanya akan dipersoalkan kepada beliau,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Bernhardt, 46, disaran untuk tidak mengulangi kesilapan pernah berlaku kepada skuad bawah-19 tahun negara di bawah kendalian Hassan Sazali Waras yang gagal menyerlah pada saingan Piala AFF selain gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala AFC, meskipun mendapat pendedahan di Slovakia selama tiga bulan.

“Jika perancangan ini gagal capai kata putus, saya lihat aksi kompetitif dalam saingan liga Asia Tenggara seperti Thailand serta Vietnam menjadi pilihan kedua untuk pasukan ini.

“Tapi, kalau boleh saya harapkan pasukan ini biarlah bertanding untuk mendapatkan mata daripada beraksi hanya melengkapkan siri jelajah semata-mata,” katanya yang juga terbabit secara langsung dalam panel Jawatankuasa Petugas Khas FAM memilih Bernhardt.

Skuad Projek Sukan SEA 2017 ini akan memulakan sesi latihan lima hari bersama Bernhardt bermula 4 Januari

dengan 39 pemain membabitkan bekas pemain Harimau Muda B dan C.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");